Bahan-bahannya:-
2 cawan tepung beras
3½ cawan air gula melaka – suam
½ cawan air
½ sudu kecil kapur sirih
½ biji kelapa muda parut
½ sudu kecil garam
Cara-cara Membuatnya:
1. Panaskan cawan-cawan tembikar kecil dalam
kukusan.
2. Bancuhkan tepung dan air kapur.
3. Tuang air gula melaka dan kacau rata.
4. Tapis adunan ke dalam jag dan tuang ke dalam
cawan-cawan yang telah dipanaskan tadi.
5. Kukus selama 15 minit.
6. Sejukkan dan cungkil perlahan-lahan. Tabur
kelapa parut di atas kuih. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment