Bahan-bahan untuk membuat sira:-
1 kerek gula melaka
1 cawan gula
2 cawan air
1 helai daun pandan – cobek-cobek
Cara-cara membuat sira:
1.
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak
sehingga mendidih.
2.
Tapis dan ketepikan.
Bahan-bahan untuk membuat lopes:
1 kg beras pulut
5 helai daun pandan - jadikan
jus
1 cawan gula melaka
Beberapa helai daun pisang
Tali
Kelapa tabur: Gaul rata
1 biji kelapa parut putih
1 sudu kecil garam
Cara-cara untuk membuat lopes:-
1. Rendam beras pulut sehingga kembang. Kukus
sehingga separuh masak.
2. Gaulkan rata pulut dengan perahan air daun
pandan.
3. Daun pisang dibuat kelongsong dan diikat
bahagian pangkalnya dengan tali.
4. Panaskan kukusan.
5. Masukkan pulut tadi ke dalam kelongsong dan
pastikan ia tidak terlalu padat dan ikatkan di bahagian hujungnya.
6. Kukus pulut tadi sehingga masak dan sejukkan.
7. Potong pulut yang telah disejukkan dan gaulkan
dengan kelapa parut.
8. Siap untuk dihidang. Hidangkan dengan sira.
No comments:
Post a Comment