Tuesday, April 22, 2003

KUIH DODOL


Bahan-bahannya:-

500 gram tepung pulut
120 gram tepung beras
100 gram gula pasir
1 kerek manisan/gula melaka
1 kilogram gula perang
1 kilogram santan pekat
1 helai daun pandan diikat simpul
3 cawan air
  
Cara-cara Membuatnya:-



1.      Di dalam kawah, masukkan 3 cawan air, tepung beras pulut, tepung beras, santan, gula pasir, gula perang dan manisan hingga melarut sebati. Masukkan juga sehelai daun pandan yang diikat simpul bersama ke dalam adunan.
2.      Masak adunan dengan menggunakan api yang sederhana, dikecok dan dikacau supaya tidak berkerak dan hangus bahagian dasarnya.
3.      Membuat dodol perlu kesabaran dan kerja gotong-royong kerana anda perlu mengambil masa sekurang-kurang 2 ½ jam hingga 3 jam.
4.      Apabila air telah sering, adunan pecah minyak dan gunung berapi kecil terbentuk serta dodol sudah tidak melekat pada sudip panjang. Padamkan api sambil mengacau lagi sehingga kerja-kerja menceduk ke bekas lain selesai.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0