Saturday, April 26, 2003

NASI HUJAN PANAS TENGAHARI


Bahan-bahannya:

5 cawan beras siam wangi
5 cawan air rebusan kerangka ayam
1 cawan susu cair Ideal
2 helai daun pandan
Pewarna merah, kuning dan hijau

Bahan untuk ditumis:


½ inci Halia - dilumatkan
2 siong bawang putih - dilumatkan
5 ulas bawang merah - dilumatkan
2 sudu minyak masak untuk menumis
1 sudu minyak sapi Ghee Blend
1 batang Kulit kayu manis
4 kuntum Bunga lawang
4 kuntum Bunga cengkih
4 biji Buah pelaga
2 sudu sos tomato De Monte

Cara-caranya :

1.               Masukkan minyak masak dan minyak sapi.
2.               Selepas minyak telah panas, tumis bahan yang perlu ditumis sehingga mengeluarkan bau.
3.               Masukkan air rebusan kerangka ayam dan susu cair.
4.               Tunggu sehingga menggelegak dan masukkan beras yang telah dibersihkan.
5.               Apabila nasi sudah masak, titiskan 3 pewarna secara garisan rambang dan tutup semula periuk selama 5 minit.
6.               Selepas 5 minit, buka tudung periuk dan gembar-gemburkan nasi tadi. 

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0