Friday, April 18, 2003

NASI MENTEGA


Bahan-bahannya:-

2 cawan beras dikosek dan ditoskan
3 cawan air
¼ cawan kismis
4 sudu mentega
1 biji bawang besar – dicincang
2 kuntum bunga cengkih
1 inci kayu manis


Cara-cara Membuatnya:-

1.       Panaskan mentega di dalam periuk dan tumis bawang, kayu manis, cengkih hingga naik bau.
2.       Masukkan beras serta kacau lebihkurang 3 minit.
3.       Isikan air ke dalam periuk, masukkan kismis dan tanak nasi hingga masak.
4.       Hidang bersama telur rebus atau telur mata dan taburkan bawang goreng.
5.       Enak dimakan bersama gulai, kari atau rendang.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0