Wednesday, April 16, 2003

RENDANG AYAM - HARI RAYA

Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam segar tanpa kulit – dipotong anak ramai
15 tangkai lada kering – direndam air panas
3 biji bawang besar
5 siong bawang putih
5 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai lada kering
15 biji cili padi
2 cawan santan pekat
½ cawan kerisik
3 helai daun kunyit – dihiris/mayang
Garam secukup rasa
 
Cara-cara membuatnya:-

1.       Lada kering direndam air panas 10 minit dan ditoskan.
2.       Lumatkan lada kering  bersama bawang besar, bawang putih, serai, lengkuas, kunyit dan cili padi.
3.       Masukkan kesemua bahan yang telah dilumatkan ke dalam kuali bersama daging ayam yang telah dipotong, gaul sebati.  Bubuh secawan air dan secubit garam, biarkan mendidih hingga air hampir kering.
4.       Lalu masukkan santan, kerisik dan daun kunyit, masak hingga sebati dengan kuahnya memekat.
5.       Siap untuk dihidangkan.  

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0