Bahan-bahannya:-
3 biji telur ayam segar
240 gram gula
240 ml santan atau susu segar
1 sudu jus pandan
270 gram tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
1 sudu tepung kanji
1 biji kelapa parut putih
Garam secukup rasa
Cara-cara Membuatnya:-
1.
Telur dipukul bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan santan atau susu segar, ovallate, jus pandan dan
tepung gandum. Gaul sehingga sebati.
3.
Panaskan kukusan dan leset marjerin pada acuan.
4.
Gaul rata kelapa dan garam.
5.
Masukkan sedikit kelapa tadi ke dalam acuan.
Tekan hingga padat.
6.
Tuang adunan tepung memenuhi acuan tadi.
7.
Kukus hingga masak anggaran selama 15 minit.
Keluarkan daripada acuan. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment