Bahan-bahannya:-
1¾ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
3½ cawan santan dari 1 biji
kelapa
1 cawan gula pasir
Garam secukup rasa.
Pewarna merah
Cara-cara Membuatnya:-
1.
Tepung gandum dan tepung ubi diayak bersama.
2.
Gula dan santan dikacau sehingga gula larut
sepenuhnya.
3. Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam
santan tadi. Kacau rata supaya tidak bergentel. Masukkan garam.
4.
Adunan tepung di bahagikan dua; satu bahagian
dibiarkan putih dan satu bahagian lagi diwarnakan merah.
5.
Panaskan air kukusan sehingga biar mendidih.
Letakkan talam di dalam periuk kukus.
6.
Masukkan sesenduk adunan putih, tutup kukus dan
biarkan selama 3 minit (atau arong)
7.
Ulangi langkah 6 dengan menggunakan adunan
merah.
8.
Ulangi langkah 6 dan tujuh sehingga adunan
habis.
9.
Kukus selama 20 minit lagi. Setelah sejuk boleh dipotong.
Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment