Saturday, June 21, 2003

PUTERI MANDI


Bahan-Bahannya:-

1 cawan tepung pulut
½ sudu kecil air kapur
4 helai daun pandan – ambil jusnya
1 cawan Air
Pewarna hijau

Cara-Cara Membuatnya:-

  1. Kisar daun pandan bersama secawan air dan ambil jusnya.
  2. Tepung pulut di campur air kapur.
  3. Tambah air pandan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga tepung tidak lagi melekat pada tangan dan bekas adunan.
  4. Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit.
  5. Jika air daun pandan tidak cukup boleh ditambah air.
  6. Ambil sedikit doh dan gentel sebesar ibu jari dan tekan sedikit bahagian tengahnya.
  7. Didihkan air dalam periuk hingga mendidih.
  8. Masukkan doh ke dalam air memdidih dan doh akan menimbul sebaik masak.
  9. Ceduk dan masukkan ke dalam air sejuk untuk mengelakkannya melekat. Toskan doh puteri sementara disira kelapa.

Bahan Sira Kelapa:


½ cawan gula pasir
2 kerek gula melaka
½ cawan air
2 helai daun pandan
½ cawan kelapa parut putih
Sedikit garam halus.

Cara-Cara Membuatnya:-

  1. Panaskan air dalam periuk, bubuh gula pasir, gula melaka, daun pandan dan garam hingga semuanya terlarut.
  2. Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau sebati.
  3. Biarkan kuahnya memekat dan matikan api.
  4. Siap untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0