Sunday, June 1, 2003

RESEPI PUDING MARBLE

Bahan-bahannya:
37.5 gm agar-agar
4 sudu besar tepung kastard
8 sudu besar tepung jagung
1 tin susu cair Ideal
8 cawan air
2 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko
2 biji telur ayam
2 sudu besar margerin
Sedikit garam
Esen vanilla

Cara-cara Membuatnya:

1.   Agar-agar dimasak hingga larut dan bubuh gula hingga larut.
2.   Angkat dan tapiskan.
3.   Telur dipukul hingga kembang, bubuh susu, tepung jagung, tepung kastard dan garam.
4.   Tuang kedalam agar-agar dan kacau di atas api hingga likat.
5.   Masukkan margerin dan vanilla, kacau rata-rata dan angkat dari dapur.
6.  Bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian satu dibubuh sedikit warna kuning dan satu lagi ditambah serbuk koko.
7.  Masukkan selang seli antara warna kuning dan koko. Biarkan sejuk. Potong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...