Wednesday, July 2, 2003

Daun Lagundi Mempunyai Khasiat

NASI LEMAK LAGUNDI

Rahsia Lagundi

Daun Lagundi atau disebut Legundi juga dikenal sebagai Lemuni memang begitu dikenali oleh masyarakat yang tinggal di kampung khususnya di sebelah utara dan pantai timur. Daun ini cukup terkenal dalam ramuan membuat nasi ulam dan nasi lemak. Rupanya masih ramai yang menggunakan daun lagundi dalam masakan nasi lemak kerana dipercayai memberi khasiat awet muda
Tumbuhan ini merupakan pohon yang rendang dengan ketinggian satu hingga tiga meter. Daunnya jenis kompaun bercabang tiga dan ketika muda berwarna biru kehitaman dan apabila matang berwarna hijau dengan tulang daun berwarna biru kehitaman. Lagundi mempunyai bunga yang bersaiz kecil.Lagundi ialah sejenis tumbuhan renek dan kadang kala boleh membesar melebihi ketinggian 5 meter. Tumbuhan ini boleh digunakan dalam ramuan perubatan secara tradisional untuk merawat ibu-ibu lepas bersalin serta rawatan luka-luka kecil. Daunnya juga dikatakan boleh dijadikan salah satu bahan rahsia campuran untuk memasak telur pindang dan nasi beriani.

Khasiat


Analisis kimia menunjukkan ia mengandungi x-pinene, camphne, terpenyal-acetate dan diterpene alcohol. Kesemua sebatian ini merupakan minyak pati yang memberikan aroma kepada tumbuhan ini.

Di kalangan masyarakat Melayu, daun lagundi boleh digunakan untuk mengubati penyakit rheumatism, daunnya ditumbuk dengan kapur barus kemudian dipupuk pada tempat yang sakit. Air rebusan daun muda digunakan untuk mengubati muntah darah. Air rendaman daun ini jika dijadikan air mandi dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan.

Manakala biji biji benih pokok lagundi putih turut mempunyai khasiat tersendiri iaitu dipercayai boleh mengelakkan bisa gigitan binatang daripada merebak, bijinya dijadikan ubat cacing Sementara itu lain-lain nilai perubatan yang ada pada lagundi ialah daunnya boleh juga digunakan untuk mencuci rambut untuk menghalau kutu dan mencegah kelemumur serta mengubati kurap, luka-luka dan gatal-gatal di celah kaki.

  • daun lagundi
  • khasiat daun lagundi
  • pokok lagundi
  • lagundi
  • khasiat pokok lagundi
  • nasi lagundi
  • khasiat lagundi
  • gambar daun lagundi
  • kegunaan daun lagundi
  • resepi nasi lagundi
  • khasiat nasi lagundi
  • daun lagundi hitam
  • pokok lagundi
  • Pokok Lagundi Hitam
  • apa itu nasi lagundi
  • gambar pokok lagundi
  • khasiat daun lagundi putih
  • daun legundi
  • kebaikan daun lagundi
  • nasi lemak daun lagundi
  • bunga lagundi
  • daun lagundi putih
  • resepi nasi lemak lagundi
  • produk nasi lagundi
  • pokok lagundi berkhasiat
  • mandi air daun lagundi
  • anak pokok lagundi
  • Daun lagundi boleh buat ulam
  • cara memasak nasi lagundi
  • gambar pucuk lagundi
  • lagundi hitam
  • lagundi dan hamil
  • khasiat pokok lagundi
  • cara tanam pokok lagundi
  • khasiat daun lagundi hitam
  • apakah perubatan daun lagundi

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0