Bahan-bahannya:-
½ biji labu feringhi - direbus
dan dilecek
½ biji kelapa parut putih
1 cawan gula
½ sudu kecil garam
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula melaka
Daun pisang secukupnya - dilayur
atas api
Cara-cara Membuatnya:-
1.
Panaskan kukusan.
2.
Gaul ke semua bahan kecuali kelapa parut dan
daun pisang hingga sebati.
3. Ambil sekeping daun pisang, letakkan 1 sudu
adunan labu di tengah-tengahnya secara memanjang.
4.
Letakkan 1 sudu kecil kelapa parut di tengah-tengahnya
sebagai inti. Tutup kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan labu. Balut adunan
itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan
berukuran 5x4 inci. Ulangi, buat sehingga habis.
5.
Kukus selama setengah jam atau hingga masak. Siap
untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment