Bahan-bahan untuk inti:
1 cawan daging - dilumatkan
1 biji bawang besar - potong
dadu
1 siung bawang putih -
dicincang
1 sudu rempah kurma
1 sudu minyak
1 sudu kecil garam
1 tangkai daun bawang – dihiris
halus
2 tangkai lada merah – dihiris
halus
Cara-cara membuat inti:
1.
Panaskan minyak. Tumis bawang dan rempah kurma
sehingga wangi.
2.
Masukkan daging dan garam. Kacau dan biarkan mendidih
hingga kering.
3.
Angkat dan sejukkan.
Bahan-bahan Untuk lompang:
2 cawan tepung beras
4 cawan santan suam
½ sudu kecil kapur
1 sudu kecil garam
Cara-cara Membuatnya:-
1. Panaskan cawan-cawan tembikar kecil dalam
kukusan.
2. Bancuh sebati semua bahan untuk lompang.
3. Tapis adunan ke dalam jag dan tuang ke dalam
cawan-cawan yang telah dipanaskan tadi.
4. Kukus selama 15 minit.
5. Sejukkan dan cungkil perlahan-lahan. Tabur inti
bersama daun bawang dan lada merah di atas kuih. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment