Wednesday, February 18, 2004

APAM TAPAI TEPUNG BERAS



Bahan-bahannya:-

2 cawan tapai pulut
2 cawan gula
4 cawan air
500 gram tepung beras
1 bungkus garam ENO
½ sudu kecil pewarna (pilihan)
1 biji kelapa parut putih
1 sudu kecil garam halus

Cara-cara Membuatnya:-


1.                   Masukkan gula, air dan tapai ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
2.                   Masukkan tepung beras dan adun, peram adunan sekurang-kurangnya 4 jam.
3.                   Kemudian masukkan ENO dalam adunan perapan tadi dan perap lagi selama sekurang-kurangnya 1 jam.
4.                   Untuk apam berwarna putih tidak perlu pewarna, jika mahu pelbagaikan warna asingkan adunan kepada beberapa bahagian. Tambah pewarna pilihan, kacau dan masukkan ke dalam acuan yang telah dileset marjerin. Kukus selama 20 minit.
5.                   Setelah apam masak, keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut yang telah digaulkan garam halus. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0