Bahan-bahannya:-
250 ml air
60 gram gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul
180 gram gula melaka
- hancurkan
120 gram tepung sagu
150 gram tepung beras basah
1 sudu kecil air kapur
½ biji kelapa muda parut
½ sudu kecil garam
Cara-cara Membuatnya:-
1.
Didih gula melaka bersama gula pasir, air dan
daun pandan di dalam periuk hingga gula larut menjadi sirap gula.
2.
Masukkan tepung beras, tepung sagu dan air kapur
di dalam mangkuk. Tapis sirap gula ke dalam adunan tepung dan kacau hingga
sebati dan tidak berketul-ketul. Tuang adunan ke dalam loyang.
3. Panaskan kukusan. Masukkan loyang ke dalam
kukusan. Kukus selama 20-30 minit (sehingga masak). Setelah masak sejukkan dan
potong.
4.
Sementara itu gaul kelapa bersama garam.
5.
Taburkan kelapa pada kuih yang telah dipotong. Siap
untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment