Friday, March 26, 2004

SERI MUKA DURIAN


Bahan-bahan untuk lapis bawah:

3 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
½ sudu kecil garam

Untuk lapis bawah:

1.                   Gaul rata semua bahan.
2.                   Leset minyak pada loyang. Masukkan pulut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
3.                   Tekan padat pulut yang telah masak tadi.

Bahan-bahan untuk lapis atas:

4 cawan santan pekat
1 cawan gula perang
1 cawan durian
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung atau tepung kastad
1 sudu gula pasir
1 sudu kecil garam

Cara-Cara Membuatnya:-

1.                   Gaul semua bahan dan tapis.
2.                   Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3.                   Kukuskan lebih kurang ½ jam.
4.                   Sejukkan dahulu baru potong. Sedia untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0