Sunday, April 18, 2004

KEK GULA HANGUS

Bahan-bahannya:-

10 biji telur – asingkan putih dan kuning
½ cawan mentega
½ cawan susu pekat
1 mangkuk gula + 1 mangkuk air sejuk; dimasak hingga karamel
1 mangkuk tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara Membuatnya:-
1.       Pukul putih telur hingga kembang.
2.       Kacau mentega dan masukkan kuning telur dan teruskan kacau hingga rata dan masukkan putih telur yang telah dipukul tadi.
3.       Selepas itu, masukkan soda bikarbonat, susu pekat, esen vanilla dan gula karamel.
4.       Kacau campuran tersebut hingga sebati.
5.       Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sekata.
6.       Apabila telah mesra, tuang ke dalam acuan. Bakar dalam oven.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0