Bahan-bahannya:-
600 gram ikan parang segar
50 gram bunga kobis
1 batang karot
1 paket suhun
1 tangkai daun saderi
1 tangkai daun bawang
7 ulas bawang merah
5 siong bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil lada sulah
3 sudu minyak masak
Cara-cara
Membuatnya
1.
Ikan parang dibersihkan dan diambil isinya.
Gunakan sudu untuk mengikis isi ikan dan buang tulang jika ada dalam isi.
2.
Ambil isi ikan, 6 kiub ais, garam dan sedikit
gula. Lumatkan dalam blender.
3.
Dengan mengepal isi ikan di dalam tangan, bentukkan
bebola dan sudip bebola ikan itu dengan sudu lalu direndam dalam mangkuk berisi
air.
4.
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang
merah, halia dan lada sulah hingga naik bau.
5.
Tambahkan air semangkuk, masukkan garam. Setelah
mendidih masukkan lobak merah, bunga kubis dan bebola ikan. Tambahkan lagi 2
mangkuk air dan biarkan mendidih.
6.
Kemudian masukkan suhun. Biarkan mendidih dan
angkat.
7.
Tabur hirisan daun saderi dan daun bawang serta
bawang goreng semasa dihidang.
No comments:
Post a Comment