Bahan-bahannya:-
2
cawan ubi keledek -rebus dan lecek
½
cawan gula pasir
1
biji telur ayam segar
½
sudu serbuk penaik
½
cawan tepung gandum
Minyak
masak untuk menggoreng
Garam
secukup rasa
Cara-cara Membuatnya:-
1. Gaul rata ubi keledek
bersama gula.
2. Masukkan telur, tepung
sedikit demi sedikit bersama serbuk penaik dan garam membentuk doh. Uli doh
hingga tidak melekat pada tangan. (jika melekat, perlu ditambah lagi sedikit demi
sedikit tepung dalam adunan).
3. Kepal-kepal untuk membentuk
doh menjadi bulat-bulat.
4. Sementara itu panaskan
minyak di dalam kuali.
5. Goreng doh yang telah
dibentuk sehingga warna keemasan. Angkat dan tos. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment