Bahan-bahan untuk sambal:
2 sudu minyak masak
1 biji bawang besar
2 siong bawang putih
Sedikit belacan - bakar
10 tangkai lada kering – rendam
air panas dan dilumatkan
½ cawan ikan bilis
2 sudu gula melaka
½ cawan jus asam jawa
1 sudu gula pasir
1 sudu kecil garam
Cara-cara membuat sambal:
1. Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis. Goreng
hingga kekuningkuningan.
2. Masukkan bawang dan cili yang telah dilumatkan. Gaul
rata dan biarkan menggelegak.
3. Masukkan gula melaka, gula pasir dan garam. Gaul
rata dan biarkan menggelegak seketika.
4. Angkat dan ketepikan
Bahan-bahan untuk doh:
250g tepung gandum
120ml susu/ air
2 sudu margerin
2 ½ sudu gula halus
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
Minyak masak untuk menggoreng
½ biji timun - dipotong nipis
Cara-cara membuat doh untuk kuih:
1. Masukkan ke dalam mangkuk adunan; tepung gandum,
susu/ air, margerin, gula halus, garam dan yis. Uli doh sehingga tak melekat. Buat
bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2. Tumbuk-tumbuk doh tadi dan bahagikan kepada 8
bahagian. Buat bentuk bulat. Biarkan naik 2 kali ganda lagi.
3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4. Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas
sehingga kekuningan. Angkat dan tos.
5. Belah 2 doh yang (jangan sampai terputus).
Isikan dengan sambal bilis dan juga timun. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment