Bahan-bahan untuk membuat sira:-
1
cawan gula melaka
1
cawan gula
2
cawan air
1
helai daun pandan - dicobek-cobek
Cara-cara untuk membuat sira:
1.
Masukkan kesemua bahan
ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
2.
Tapis dan ketepikan.
Bahan-bahan untuk membuat kuih:
1 ½
cawan tepung beras
1 sudu
tepung jagung
4
cawan santan daripada ½ biji kelapa
½ sudu
kecil garam
Cara-cara Membuatnya:-
1.
Panaskan kukusan dan leset
minyak pada loyang.
2.
Gaulkan semua bahan
dan tapiskan dalam periuk.
3.
Kacaukan adunan
sebentar dan tuang ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit.
4.
Tutup api dan
sejukkan.
5.
Potong dan hidangkan bersama air sira. Siap
untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment