Bahan-bahannya
37.5 gram agar-agar
4 cawan gula pasir
1 cawan tepung kastard
1 tin nenas dipotong dadu
1 tin susu cair
4 biji telur – dipukul hingga kembang
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
Membuatnya:-
1.
Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga hancur
kemudian masukkan gula pasir, masak sehingga larut.
2.
Telur dikacau hingga kembang dan dimasukkan
kastard, susu dan esen vanilla.
3.
Tuang ke dalam agar-agar yang telah dimasak tadi,
masukkan nenas dan airnya sekali dan kacau sekali-sekala hingga mendidih.
4.
Tuang ke dalam acuan apabila larutan agar telah
memekat. Sejukkan hingga agar-agar membeku.
No comments:
Post a Comment