Wednesday, April 20, 2005

PISANG EPI

Bahan-Bahannya:-
1 sikat pisang kelat siam yang masih mengkal atau separuh masak.
Marjerin (secukupnya)

Untuk Kuah:

1 kerek gula melaka
3 putik bunga cengkih
Sedikit garam halus
(Gula melaka dihancurkan dan dilarut bersama 1 cawan air panas dan bunga cengkih)

Cara-Cara Membuatnya:-


  1. Kupas pisang, selepas itu belah jadi dua, sapukan marjerin pada bahagian muka dalam pisang, alihkan ketepi.
  2. Panaskan kuali leper  yang sudah dileset dengan marjerin.
  3. Masak pisang di atas kuali leper dengan api sederhana hingga masak. Sambil memasak, tekan pisang dengan sudu atau sudip perlahan-lahan.
  4. Terlentang terbalikkan  pisang ketika memasak agar pisang masak serata.
  5. Angkat pisang yang telah masak, susun di atas piring hidangan. Siram pisang dengan gula melaka yang sudah dicairkan tadi. Dengan madu pun boleh juga.
  6. Pisang Epi sedap dimakan panas-panas atau disejukkan dalam peti ais. Terpulang selera.
  7. Siap untuk dihidang.


No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0