Bahan-bahannya:-
2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung beras
2 sudu tepung kastad
¾ cawan gula
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
½ cawan isi jagung - gaul
bersama ½ cawan air
1 sudu serbuk coklat - bancuh
dengan ½ cawan air suam
Cara-cara membuatnya:
1.
Panaskan kukusan.
2.
Gaul semua tepung, gula dan santan. Tapis.
3.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
4.
Masukkan jagung dalam bahagian 1 dan gaul rata.
5.
Masukkan coklat dalam bahagian 1 dan gaul rata.
6.
Leset loyang dengan minyak masak.
7.
Masuk 1 senduk adunan koko dan kukus selama 3
minit.
8.
Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula
selama 3 minit.
9.
Ulangi langkah 7 dan 8 sehingga adunan habis.
10.
Sejukkan dan potong. Siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment