IKAN JERUK TERGANU
GORENG
Bahan-bahannya:
1 Ekor Ikan Jeruk Terganu
1 Biji limau nipis atau limau kasturi atau keduanya.
2 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 biji bawang besar
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Seinci halia
Minyak masak
Cara Membuatnya:
1. Potong
Cili, Bawang besar, Bawang Merah, Dihiris - Mayang dan ketepikan.
2. Mayang
bawang putih, halia
3. Panaskan
minyak masak
4. Tumis
bawang putih dan halia hingga naik bau.
5. Goreng
ikan jeruk Terganu dalam minyak tersebut.
6. Angkat
ikan yang digoreng bersama bawang putih dan halia garing dan letak dalam
piring. (Nak aroma yang istimewa ... lapik daun pisang sebelum bubuh ikan yang digoreng tu)
7. Tutup api
dan minyak masih panas.
8. Terus
masukkan (1) dan goreng hingga layu muda sahaja.
9. Angkat
(8) dan tuang tabur ke atas ikan jeruk terganu goreng itu.
10. Belah
limau nipis/kasturi dan perah mewah ke atas ikan jeruk goreng.
11. Hidangkan
- Makan bersama nasi putih.
Ikan jeruk Terganu ni...dibuat dari gelama, kerisi atau ikan kembung .... boleh dibeli di Pasar Payang Kuala Terengganu ... tak sah kalau datang melancong Terengganu dan tak beli ikan jeruk ni. Walaupun masin ... memang menyentap bila makan bersama nasi yang panas-panas. Belilah ikan Jeruk Terganu dan hadiahkan pada sanak saudara dan taulan .. kenalah dengan resepinya sekali...... tanda mata bila balik dari Terengganu.
No comments:
Post a Comment