Bahan-bahannya:-
1 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
½ cawan gula
3 cawan santan pekat
2 tongkol jagung – isi jagung dihiris
1 sudu kecil garam
Daun pisang secukupnya dilayur
atas api
Cara-cara Membuatnya:
1.
Gaul sebati semua bahan kecuali jagung dan daun
pisang. Tapiskan.
2.
Masukkan jagung dan kacau rata.
3.
Masakkan adunan sehingga kental.
4.
Panaskan kukusan.
5. Ambil sekeping daun pisang, letakkan 2 sudu
adunan jagung ditengah-tengahnya secara memanjang. Balut adunan itu dengan
lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 5x4 inci.
Buat sehingga habis.
6.
Kukus selama setengah jam atau hingga masak. Siap
untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment