Bahan-bahannya:-
3 ikat pucuk paku
3 cekak tauge
4 biji bawang besar – dimayang
1 siong bawang putih – dimayang
5 – 10 biji cili padi – dimayang
1 helai daun kunyit – dimayang
2 batang serai – dimayang
1 biji kelapa parut
Garam, gula, cuka makan secukup rasa
Cara-cara
Membuatnya:-
1.
Siang pucuk paku, kerat dan buang bahagian yang
telah liat, ambil bahagian yang masih lembut dan bersihkan.
2.
Pilih tauge dan asingkan.
3.
Basuh pucuk paku dan tauge, toskan.
4.
Masak air panas hingga mendidih kemudian
padamkan api. Celur pucuk paku dan tauge selama 5 minit, toskan.
5.
Sementara itu, sangrai kelapa parut dan semua
bahan yang telah dimayang, gaul sekali masak hingga kelapa kekuningan.
6.
Dengan menggunakan lesung batu, tumbuk semua
bahan yang telah disangrai.
7.
Di dalam bekas yang lain, masukkan semua bahan
yang telah ditumbuk dan gaul hingga rata bersama pucuk paku dan tauge.
Tambahkan garam, gula dan cuka makan secukup rasa.
8.
Siap untuk hidangan berbuka puasa.
No comments:
Post a Comment