Sunday, April 16, 2006

KERUTUK AYAM

Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam segar dipotong anak ramai
2 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
5 biji bawang merah
3 siong bawang putih
3 sudu bawang goreng
4 sudu rempah kerutuk Adabi
1 sudu kerisik
1 sudu manisan/gula melaka
2 cawan santan
Garam secukup rasa
3 sudu minyak masak – untuk menumis

Cara-cara Membuatnya:-


1.      Lumatkan buah keras, halia lengkuas, serai,bawang merah, bawang putih dan bawang goreng.
2.       Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang dilumatkan itu hingga naik bau.
3.       Masukkan rempah kerutuk dan dikacau hingga sebati.
4.       Masukkan ayam, kerisik, garam, manisan dan santan.
5.       Masak dan kacau sekali-sekala hingga mendidih.
6.       Padamkan api sebaik sahaja ayam telah lembut dan kuah memekat.
7.       Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0