Thursday, June 1, 2006

RESEPI PUDING SAGU

Bahan-bahannya:

1 cawan biji sagu
3 1/2 cawan air
sedikit garam
Cara-cara Membuatnya

1.   Masukkan sagu, air dan garam kedalam periuk.
2.   Masak dengan api yang sederhana hingga masak.
3.   Angkat, masukkan kedalam acuan dan biarkan sejuk .
4.   Hidangkan bersama kuah, tuang kuah apabila nak memakannya.

Bahan-bahan Untuk Kuahnya

1/2 biji kelapa diambil santan bubuh sedikit garam
1/2 kerek gula melaka dilumatkan

Kelapa diambil santan dan dibubuh gula melaka yang telah dihancur lumatkan.
Campuran ini dimasak dengan api sederhana kacau hingga larut dan angkat. Jangan terlalu lama nanti naik minyak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...