Tuesday, April 24, 2007

KETUPAT SOTONG


Bahan-bahannya:-

600 gram sotong – saiz sederhana, dibersihkan
1 cawan beras pulut – dibersihkan dan direndam air
1 sudu kecil halba
2 inci halia – dimayang
3 biji bawang merah – dimayang
1 kilogram santan pekat – dibahagi 2 bahagian
500 ml air
Garam dan gula secukup rasa
Lidi untuk kokot sotong

Cara-cara Membuatnya:-


1.       Toskan beras pulut yang direndam sekurang-kurangnya 1 jam dan toskan.
2.       Beras pulut yang telah ditoskan itu, direndam pula 1 jam lagi dalam ½ kilogram santan pekat yang dibubuh sedikit garam.
3.       Isikan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibersihkan, dan akhiri dengan kepala sotong. Gunakan lidi untuk kokot sotong agar beras pulut tidak terkeluar.
4.       Masukkan santan pekat ½ kilogram lagi, halba, bawang merah dan sotong yang telah dikokot dan 500 ml air.
5.       Jangan bubuh gula sebelum mendidih. Selepas mendidih – rasa manis sotong telahpun melarut dalam kuah, tambah garam dan gula selepas mendidih jika perlu mengikut selera anda.
6.       Masak dengan api sederhana sehingga kuat memekat, jangan guna api yang kuat kerana ianya akan mengubah kelembutan tekstur sotong.  
7.       Setelah masak, siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0