Tuesday, May 8, 2007

KERABU PUCUK PAKU


Bahan-bahannya:-

3 ikat/cekak pucuk paku hijau
300 gram tauge
7 biji bawang merah – dimayang
1 siong bawang putih – dimayang
10 biji cili padi – ditumbuk kasar
2 helai daun kunyit – dimayang halus
2 batang serai – dimayang
1 belah kelapa – diparut
1 sudu cuka
Garam secukup rasa

Cara-cara Membuatnya:-


1.       Pucuk paku disiang diambil bahagian yang belum bersabut dan tauge dibersih dan ditoskan.
2.       Rebus air panas dengan sedikit garam, selepas air mendidih padamkan api, masukkan pucuk paku dan tauge. Celur hingga tauge nampak separuh masak. Angkat dan toskan.
3.       Sangai bahan yang telah dimayang tadi, goreng hingga masak kekuningan.
4.       Tumbuk bahan yang disangai itu sampai lumat, gaul bersama garam secukup rasa.
5.       Di dalam bekas salad, gaulkan bersama pucuk paku dan tauge. Bubuh cuka dan gaulkan rata.
6.       Siap untuk dihidangkan.



No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0