Bahan-bahannya:-
1 biji peria saiz besar- belah dua, buang biji dan hiris separa
bulat setebal 1.5cm
1 biji bawang besar – dimayang / hiris membulat
1 biji lada merah - dimayang
1 sudu cili boh
1 biji telur ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu air asam jawa
3 sudu minyak masak – untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan ditumbuk
separa hancur:
3 ulas bawang merah
2 siong bawang putih
3 sudu udang kering atau ikan bilis atau boleh juga kiub
ikan bilis
Cara-cara
Membuatnya:-
1.
Panaskan minyak dan tumis cili boh bersama bawang
merah, bawang putih, udang kering atau ikan bilis sehingga naik bau.
2.
Masukkan peria yang telah dipotong, bawang
besar, lada merah, taburkan serbuk kunyit, air asam jawa dan gaulkan hingga rata.
3.
Selepas itu alih bahan gorengan di dalam kuali itu
ke tepi, biarkan minyak turun ke tengah kuali.
4.
Pecahkan telur dan biarkan telur masak memutih
dan sebelum sempat mengeras, gaulkan semua gorengan sekali hingga rata.
5.
Akhir sekali, taburkan sedikit garam dan gula.
Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment