Thursday, April 17, 2008

ASAM PEDAS KEPALA IKAN MERAH

Bahan-bahannya:-

1 kg ikan merah segar termasuk kepala – dipotong-potong
10 tangkai lada kering – direndam air panas dan ditoskan
10 biji bawang merah
3 siong bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan


1 cawan air asam jawa
2 cawan air
7 tangkai daun kesum
3 biji tomato
1 pokok daun ketumbar
3 sudu besar minyak masak – untuk menumis
3 batang serai - diketuk
1 obor bunga kantan
Garam secukup rasa.

Cara-cara Membuatnya:-

1.       Lumatkan lada kering yang telah direndam air panas, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, buah keras dan belacan.
2.       Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar itu bersama dengan batang serai sehingga naik bau.
3.       Masukkan ikan, bunga kantan dan gaul serata sehingga pecah minyak.
4.       Selepas itu, masukkan air asam jawa, garam dan tambahkan air. Didihkan sehingga ikan masak.
5.       Kemudian masukkan tomato yang telah dibelah dan daun kesum. Biarkan mereneh sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
6.       Angkat dan taburkan daun ketumbar. Siap untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0