Saturday, April 19, 2008

KACANG PANJANG GORENG BERTELUR

Bahan-bahannya:-

1 ikat kacang panjang – dipotong serong 1 inci panjang.
1 biji bawang besar – dimayang / hiris membulat
5 ulas bawang merah – dihiris
2 siong bawang putih
1 biji lada merah - dimayang
1 sudu cili boh
1 biji telur ayam
3 sudu minyak masak – untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara Membuatnya:-

1.       Panaskan minyak dan tumis cili boh bersama bawang putih, bawang merah hingga naik bau.
2.       Masukkan kacang panjang yang telah dipotong, bawang besar, lada merah, gaulkan hingga rata.
3.       Selepas itu alih bahan gorengan di dalam kuali itu ke tepi, biarkan minyak turun ke tengah kuali.
4.       Pecahkan telur dan biarkan telur masak memutih dan sebelum sempat mengeras, gaulkan semua gorengan sekali hingga rata.
5.       Akhir sekali, taburkan sedikit garam. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0