Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam pencen – potong anak ramai
15 ulas bawang merah
5 siong bawang putih
5 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit segar
15 tangkai lada kering – direndam air panas dan ditoskan
100 gram ketumbar
2 biji kelapa – ambil santan pekat
100 gram kerisik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 helai daun kunyit – dimayang halus
3 helai daun purut
½ cawan minyak masak
1/3 kerek manisan / gula Melaka
1 sudu kecil cuka
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara-cara
Membuatnya:-
1.
Lumatkan bawang merah, bawang putih, serai,
halia, kunyit segar, lada kering, ketumbar.
2.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah
dilumatkan bersama kulit kayu manis, bunga lawang, daun kunyit dan daun limau
purut sehingga naik bau.
3.
Masukkan ayam, kerisik dan gaul hingga ayam
separuh masak dan air telah sering, masukkan santan pekat, manisan, sedikit
garam dan gula serta cuka.
4.
Masak dengan api sederhana sambil mengacau
selalu sehingga kuah memekat dan naik minyak.
5.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment