1 mangkuk nasi putih
1 sudu sambal belacan
200 gram daging ayam
1 siong bawang putih
3 biji bawang besar
1 sudu sos ikan
1 biji telur
2 tangkai kangkung - dibuat akar dan disiang
50 gram ikan bilis - digoreng rangup
2 sudu minyak masak
Serbuk perasa secukupnya
Cara-cara Membuatnya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan sambal belacan dan ayam, masak sehingga ayam empuk.
3. Pecahkan telur dan gaulkan sekali sehingga rata.
4. Masukkan kangkung yang telah dibersihkan.
5. Masukkan nasi, sos ikan dan gaul hingga rata.
6. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng, gaul dan siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment