Sunday, April 3, 2011

Hidangan Makan Tengahari Hari Ini



IKAN SELAYANG SINGGANG

Bahan-bahannya:-

1 kilogram ekor ikan selayang segar
1 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
5 ulas bawang merah
3 siong bawang putih
2 keping asam gelugur
3 biji lada merah
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara Membuatnya:-

1.      Ikan selayang disiang dan dibersihkan.
2.      Mayang kunyit, lengkuas, bawang merah dan bawang putih. Lada merah dibelah separuh tidak putus.
3.      Masukkan separuh air dalam periuk, rebus semua bahan yang telah dimayang, asam keping dan sedikit garam.
4.      Setelah mendidih masukkan ikan selayang ke dalam periuk dan tambah lagi air hingga semua ikan ditenggelami. Masak hingga mendidih.
5.      Selepas itu uji rasa, tambah garam dan serbuk perasa. Siap dan boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0