Bahan-bahannya:-
1 kg ayam – dipotong anak ramai
10 tangkai lada kering – direndam air panas dan ditoskan
10 biji bawang merah
3 siong bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
1 inci belacan
1 cawan air asam jawa
2 cawan air
7 tangkai daun kesum
3 biji tomato
1 pokok daun saderi
3 sudu besar minyak masak – untuk menumis
3 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa.
Cara-cara
Membuatnya:-
1.
Lumatkan lada kering yang telah direndam air
panas, bawang merah, bawang putih, halia, buah keras dan belacan.
2.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar
itu bersama dengan batang serai sehingga naik bau.
3.
Masukkan ayam dan gaul serata
sehingga pecah minyak.
4.
Selepas itu, masukkan air asam jawa, garam dan
tambahkan air. Didihkan sehingga masak.
5.
Kemudian masukkan tomato yang telah dibelah dan
daun kesum. Biarkan mereneh sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
6.
Angkat dan taburkan daun saderi. Siap untuk
dimakan.
No comments:
Post a Comment