Wednesday, May 2, 2012

BIHUN KG. GELAM



Bahan-bahannya:-

250 gram bihun – celur dengan air panas dan toskan
2 ulas bawang merah
2 siong bawang putih
50 gram cendawan butang kering – direndam air panas dan ditoskan
50 gram halia – dihiris halus
50 gram lobak – dipotong halus
3 ekor udang
3 keping sotong
3 keping isi ayam
1 sudu minyak bijan
2 sudu minyak masak
1 biji telur ayam
Setangkai sawi dan sejemput tauge
Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Cara-cara Membuatnya:-


1.       Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
2.       Masukkan udang, sotong, ayam dan cendawan.
3.       Gaul hingga rata dan masak sekejap hingga udang kemerahan.
4.       Masukkan bihun dan minyak bijan, gue hingga rata.
5.       Selepas serata, masukkan sawi, tauge dan perasakan garam secukupnya.
6.       Setelah masak, boleh dihidangkan. Hias dengan hirisan lada merah, daun bawang dan bawang goreng.


No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0