Bahan-bahannya:
½ kilo ayam (dipotong 12 keping)
(ayam ini diperap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit – digoreng separuh
masak)
3 siung bawang putih )
3 biji bawang besar )
1 ½ inci halia ) dimayang
3 biji cili merah )
2 batang serai – dititik
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar air asam jawa
3 sudu besar minyak masak
Garam dan perisa secukup rasa
Daun sup dan daun bawang – dipotong untuk hiasan
Cara-cara Membuatnya
1.
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Selepas itu
tumiskan bawang putih, halia, bawang besar dan masukkan air asam jawa kemudian
cili.
2.
Selepas itu masukkan serai dan kicap dengan ½ cawan
air. Bila mendidih masukkan ayam
3.
Masuk garam dan perisa secukup rasa.
4.
Sebelum angkat masukkan daun sup dan bawang.
5.
Hidangkan bersama nasi putih.
No comments:
Post a Comment