Bahan-bahannya:-
1 paket kulit popia (5”x5”)
200 gram Kacang hijau
180 gram Gula castor
1 biji telur – ambil bahagian putih
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Membuatnya:-
1.
Bersihkan kacang hijau dengan membasuh terlebih
dahulu dan dijemur hingga kering. Jangan direndam lama hingga tumbuh pula.
2.
Kacang hijau yang kering itu hendaklah digoreng tanpa
minyak dengan api yang perlahan sehingga keperangan. Sejukkan
3.
Lumatkan kacang hijau menjadi tepung, kemudian
ayak, lumatkan lagi yang masih kasar dan ayak lagi.
4.
Untuk membuat inti, campurkan kacang hijau dan
gula castor, gaulkan hingga sebati.
5.
Potong kulit popia 1” lebar, masukkan inti dan lekatkan
gulungan menggunakan telur putih.
6.
Kuih hendaklah digoreng secara terendam dalam
minyak hingga kulit popia menjadi kekuningan.
7.
Selepas masak, sejuk dan simpan dalam bekas
kedap udara.
No comments:
Post a Comment