Friday, May 1, 2015

TULANG RUSUK LEMBU MUDA


Bahan-bahannya:-

½ kilogram tulang rusuk
Sedikit bawang goreng

Bahan untuk rempah tumis:

1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Bahan untuk dilumatkan

3 siung bawang putih
3 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih

Bahan untuk dipotong :-

½ batang seleri
½ batang lobak merah
2 biji kentang sederhana besar
1 tomato (potong 4)
3 tangkai daun bawang
3 tangkai daun sup


Cara-cara Membuatnya:-

1.       Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk,  tumiskan bahan yang dikisar bersama rempah untuk tumis. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.
2.       Masukkan tulang yang telah dibersihkan, kacau hingga rempah berpalut pada tulang dan biarkan sekejap.
3.        Masukkan 3 cawan air, anggaran semua tulang tenggelam.
4.        Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah, batang seleri dan kentang. Masak tulang sehingga daging empuk dengan api sederhana.
5.        Masukkan tomato, suaikan rasa dan masukkan garam serta gula.
6.        Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng apabila hendak dihidang

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0