Friday, April 22, 2016

KUIH BEPANG KACANG TANAH


 Bahan-bahannya:-

250 gram kacang tanah – digoreng dan dibuang kulitnya
100 gram gula pasir
50 gram biji bijan – di oven

Cara-cara Membuatnya:-


1.       Kacang tanah hendaklah digoreng tanpa menggunakan minyak dan buang kulitnya.
2.       Biji bijan hendaklah dioven hingga masak.
3.       Panaskan kuali dan masukkan campuran gula dan kacang tanah hingga gula mencair sahaja sebelum gula hangus.
4.       Padamkan api dan terus tuang campuran kacang tanah dan gula itu menjadi hamparan setebal 1 biji kacang. Perlu dibuat cepat sebelum gula mengeras.
5.       Tabur biji bijan merata di atas hamparan kacang tanah itu.
6.       Gunakan kayu panjang sebagai pembaris untuk memotong semasa kacang masih panas lagi.


No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0