Bahan-bahannya.
2 sudu minyak masak Vesawit
½ biji bawang merah
2 siung bawang putih
200 gram ayam bahagian dada dihiris kecil
1 ½ cawan air
1 kiub ayam Knorr
150 gram bunga kobis
100 gram Brocolli
150 gram Labu Feringhi
Garam secukup rasa
Cara-cara Membuatnya
1.
Bawang merah dan bawang putih dicincang.
2.
Panaskan minyak masak kemudian tumiskan (1)
sehingga keluar bau wangi.
3.
Masukkan daging ayam yang telah dihiris, masak
sehingga separuh masak.
4.
Masukkan air hingga mendidih, masukkan bunga
kobis hingga separuh masak.
5.
Masukkan kiub ayam Knorr.
6.
Masukkan broccoli dan labu Feringhi yang telah
dihiris dan kacau hingga masak.
7.
Bubuhkan garam secukup rasa.
No comments:
Post a Comment