Friday, December 29, 2017

DAGING GORENG MERAH LADERBO

Hari ini Kak Mas nak pergi tengok cucu yang dimasukkan ke Hospital Salam semalam, khabarnya dan semakin sihat... syukran... Dalam perjalanan anakanda perempuan Kak Mas telefon dan pesan minta dibelikan mee sup dan bubur (nasi air). Jadi Kak Mas terus ke Pasar Payang, kerana di bahagian atas ada kedai makan. Kebetulan dah ke Pasar Payang....selepas membeli mee sup Kak Mas pun pergi beli daging, beli sayur pucuk ubi keledek.

Daging nak masak lada, jadinya Kak Mas singgah kat Hakhim Bawang yang jual bawang lada dan beli lada giling LADERBO yang katanya si Hakhim ... memang terjamin sedapnya. 

Lepas menjenguk cucu di Hospital Salam, syukur dah ceria dan nampak sihatnya .. tunggu untuk discharge ... 

Kak Mas balik ke rumah dan menyediakan lauk istimewa ni... memang sedap ... Nanti kalau ke Pasar Payang kena beli LADERBO lagi. Terima kasih atas jaminan sedap itu dan kerana sedapnya daging merah ni ... Kak Mas kongsi resepi... boleh cuba... La... che abang duk meratah lagi tuuu ......




DAGING GORENG MERAH LADERBO

Bahan-bahan:
1 kg Daging lembu / kerbau
4 siung bawang putih
15 biji bawang merah
1 biji bawang besar (sederhana)
1 inci halia
2 sudu makan asam jawa
5 sudu makan LADERBO
Garam dan perasa secukup rasa.

Penyediaan:



1.            Daging dihiris kecil mengikut saiz yang diinginkan, dibersihkan dan ditoskan.
2.            Bahan-bahan yang perlu dikisar.
                i.              Bawang Putih
                ii.             Bawang Merah
                iii.            Bawang Besar
                iv.            Halia.
3.            Sediakan air asam jawa pekat 2 sudu makan.
4.            Dua gelas air besih.

Cara Memasak:
1.            Sediakan kuali di atas dapur.
2.            Masukkan air.
3.            Masukkan daging .
4.            Masukkan bahan yang dikisar.
5.            Masukkan LADERBO - 5 sudu makan.
6.            Panaskan dengan api yang sederhana sehingga empuk.
7.            Setelah daging empuk dan ramuan telah memekat masukkan 5 sudu makan minyak masak.
8.            Masukkan untuk hiasan, gaul sebelum diangkat.
                i.              2 biji cili merah dipotong ranggi.
                ii.             2 labu bawang besar dipotong bulat.
9.            Bubuh garam dan perasa secukup rasa.
10.          Makan sedap dengan nasi dan ratah lagi.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0