Sunday, April 21, 2019

AYAM GORENG REMPAH


Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam – dipotong anak ramai
8 ulas bawang merah
2 siung bawang putih
1 batang serai
1 sudu ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 inci halia
1 inci lengkuas – dibuang airnya
½ inci kunyit segar
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa.


Cara-cara Membuatnya:-

1.       Mula-mula 1 inci lengkuas ditumbuk sehingga hancur, buang air lengkuas – ambil hampasnya sahaja.
2.       Lumatkan bawang merah, bawang putih, serai, ketumbar, jintan manis, jintan putih, halia, lengkuas dan kunyit segar.
3.       Perapkan ayam dengan bahan yang dilumat, gula dan garam.
4.       Masukkan ke dalam periuk dan bubuh sedikit air dan rebus jangan empuk, angkat dan toskan.
5.       Panaskan minyak, goreng ayam sebaik minyak telah panas. Siap.

No comments:

Post a Comment

google.com, pub-5229426821154127, DIRECT, f08c47fec0942fa0