Untuk masak 1 kilogram ikan … anda hanya memerlukan hanya
25gm rempah. Jika anda bercadang untuk membuat 1.15 kilogram rempah …… anda
dapat membuat sebanyak 46 bungkus rempah untuk kegunaan sendiri, untuk hadiah
atau dijual. Bagaimana caranya? Untuk masak lauk berasaskan ikan … rempah yang
diperlukan ialah:-
FORMULA REMPAH
MASAKAN IKAN
1.
Ketumbar - 600 gram
2.
Jintan Putih - 200 gram
3.
Lada Kering - 150 gram
4.
Jintan Manis - 100 gram
5.
Lada Hitam - 50 gram
6.
Kunyit Kering - 50 gram
CARA-CARANYA:-
1. Kesemua rempah itu, anda perlu timbang terlebih
dahulu dengan jumlah yang disyorkan. Basuh rempah itu dengan bersih dan tapis
dengan kain kasa agar tidak berkurang akibat berjatuhan.
2. Setelah dibersihkan. Jemur sehingga kering. Biar
betul-betul kering kerana kelembapan akan menyebabkan rempah akan berkulat.
3. Selepas dikeringkan barulah dihancurkan dengan
menggunakan mesin. Selepas hancur keringkan lagi jika masih nampak lembab.
4. Timbang dan bungkus 25 gram setiap satu. Simpan
untuk kegunaan harian. Anda boleh membuat pendapatan tambahan dengan menjual
rempah Homemade anda. Perkenalkan kepada saudara-mara, kaum keluarga dan jiran
tetangga.
5. Jika anda bercadang untuk menggunakan formula
ini, boleh aja … cuma berilah hadiah sekurang-kurangnya RM10 kepada masjid atau
surau di tempat anda, cukup anda yang tahu yang anda telah menyumbang dan tidak perlulah untuk beritahu
pada Kak Mas, kalau sudi berilah sebungkus 25 gram tu ke Kak Mas. Lepas itu gunalah formula ini. Moga Berjaya.
No comments:
Post a Comment