BAHAN-BAHANNYA:-
1 batang kaki lembu/kerbau
5 sudu makan cili boh
2 kerek manisan (gula Melaka)
1 cawan air asam jawa
2 sudu kicap pekat
20 gm belacan
Air, cuka, garam dan gula secukupnya.
CARA-CARA MENYEDIAKAN URAT KETING:-
1.
Bersihkan kaki lembu/kerbau dan rebus sehingga urat
keting, otot-otot, kulit masak dan lembut.
2.
Gunakan pisau yang tajam untuk membuang kulit
luar pada bahagian kaki sehingga yang tinggal adalah bahagian lembut.
3.
Kemudian asing semua urat keting dan otot serta
bahagian-bahagian yang lembut itu dipotong dadu.
4.
Masak air panas dalam periuk yang lain, selepas
air mendidih padamkan api.
5.
Masukkan kesemua potongan ke dalam air panas dan
kacau hingga serata, biarkan sekejap dan gunakan penapis, toskan.
CARA-CARA MEMBUAT KUAH
1.
Masukkan 1 cawan air ke dalam periuk, masukkan cili
boh dan gula Melaka, masak sambil kacau hingga
melarut dan pekat.
2.
Masukkan air asam jawa, kicap, belacan, cuka, gula
dan garam. Kacau hingga sebati.
3.
Selepas itu masukkan semua potongan dadu bahagian
kaki yang telah ditoskan ke dalam kuah dan kacau hingga sebati. Sesuaikan rasa.
Padamkan api.
4.
Hidangkan
dan rojak katih ini sesuai dimakan bersama nasi putih, keropok keping goreng
atau ratah.
No comments:
Post a Comment