Bahan-Bahannya:-
1 ketul dada ayam – dihiris nipis buat
3 keping
½ biji bawang besar - dihiris membulat
1 biji tomato - dihiris
1 helai salad
1 potong keju - dihiris
1 biji roti burger
Untuk
sos lada hitam:
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil sos perasa lada hitam
1 cawan air
1 sudu lada hitam - ditumbuk
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Cara-Cara Membuatnya:-
1.
Sediakan sos dalam pan, panaskan air, masukkan lada hitam lumat, sos tiram dan
sos perasa lada hitam.
2.
Apabila ia mula menggelegak, cairkan tepung jagung dengan sedikit air masukkan
ke dalam sos dan kacau selalu sehingga sos memekat. Angkat. Simpan ½ bahagian.
3. Ambil
sos yang ½ bahagian lagi perap daging ayam sekurang-kurangnya 2 jam.
4.
Panggang ayam selama kira-kira 4 minit pada setiap belahan.
5.
Siapkan burger dengan ayam bakar, hirisan bawang besar segar, salad, hirisan
tomato, keju dan tuangkan sos lada hitam yang dibuat. Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment