Bahan-bahan untuk inti:
1 cawan kacang hijau - direndam
semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam
Air secukupnya untuk
merebuskan
½ cawan gula pasir
3 sudu kelapa parut putih
3 sudu tepung gandum
Cara-cara membuat inti:
1. Kacang
hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu lembut dan pecah serta sering hampir kering
airnya. Jangan kering nanti hangus.
2. Masukkan
kelapa, gula dan tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan.
3. Ambil
sedikit adunan dan bentukkan saperti bebola. Leperkan. Buat hingga habis.
Bahan-bahan untuk salutan:
1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
1 sudu kecil kunyit serbuk
½ sudu kecil kapur sirih – larutkan
dahulu dalam air
Air secukupnya
½ sudu kecil garam
Minyak masak - untuk
menggoreng
Cara-cara untuk menyalut:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke
dalam mangkuk adunan. Bancuh sebati.
3. Celup bebola leper kacang tadi ke dalam bancuhan
tepung dan goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan baki minyak. Siap
untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment